Quantcast
Channel: Cikgu Kacamata
Viewing all articles
Browse latest Browse all 25

Rezeki Sebelum Buka Puasa

$
0
0

Alhamdulillah...Rezeki Allah kurniakan sebelum berbuka puasa.....

Petang semalam, CK bersama hero CK yang sulong, Ammar Haziq telah berkomplot dua beranak pergi memancing dekat parit kecil simpang depan rumah. CK saja gatal-gatal tangan sebab dah lama tak pegang joran lagipun dah berjanji dengan Ammar nak bawa pergi mancing. Lagi satu CK pun nak anak-anak mewarisi hobi memancing ini. Jika ditakdirkan CK dah takde kat dunia ni, siapalah nak 'lenjan' barang-barang pancing ni kalau bukan mereka. Gewang-gewang antik CK yang CK sayang dan dah lama kumpul ni, bukankah milik mereka nanti...


Inilah port yang dikatakan. Parit tak luas tapi penghuni di dalamnya...

Dah lebih empat tahun CK tinggal sana tapi semalam baru pertama kali dapat melabuhkan umpan di situ. Geram bila melihat anak-anak sepat main atas permukaan air. Niat utama hendak mendapatkan anak-anak sepat atau puyu. Jadi CK sediakanlah set kelengkapan paling ringan sahaja.

Operasi bermula dari jam 6.10pm berlarutan hingga jam 6.40pm. Dengan berbekalkan joran jenis 'telescopic pole' empat keratan (panjang keseluruhan 16'), tali tangsi 6lb dan mata kail saiz 6, umpan isi udang segar + garam pun dilabuhkan. Nampaknya tiada langsung ragutan dan sentapan dirasakan.

Sambil menanti umpan diragut, CK terdengar bunyi haruan sedang menyambar sesuatu. Tanpa berlengah CK terus melabuhkan umpan disitu. Tak sampai 5 minit, umpan yang dilabuhkan terus disambar dengan rakusnya. CK terpaksa melayan dahulu larian si ikan sebab mata kail yang dipasang amat kecil dan mudah terlucut dari tangsi dan mulut si ikan jika tergopoh.

Selang beberapa saat, seekor haruan berskala antara 500g~600g berjaya didaratkan, alhamdulillah.....


Ammar sedang 'menglamourkan' diri berposing dengan haruan


Terus CK tunjukkan pada Ammar. Bila suruh pegang, lari lintang-pukang kegelian...hehe.


Reaksi Ammar bila haruan menggelupur :D


Si haruan tu pun tak nak melepaskan peluang untuk 'menginterpremkan' diri jugak. Shotla juga pose dia nanti kecil hati pulak.....


Haruan sedang berposing dalam raga EX5


Itulah, CK tak sangka petang tu boleh dapat haruan. Bagi CK saiz haruan tu agak besar jika dibandingkan dengan luas parit...tapi rezeki Allah Ta'ala berikan. Syukur Alhamdulillah.
Hilanglah sikit gatal-gatal tangan ni. Buat Ammar, tertunaila juga hajat mengikut daddy pergi mancing depan rumah :)

*nota: bagi kaki-kaki pancing diluar sana, bolehlah layari MyGewang.com bagi mendapatkan barangan berkaitan dunia pancing di sana!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 25