![](http://1.bp.blogspot.com/-3AUz2RRHvE0/Uc6tbA44lKI/AAAAAAAABXI/JhmlfRAoAxs/s150/Khemah.png)
Dahulunya hidup kami sentiasa diselubungi dengan ketakutan dan kebimbangan disebabkan oleh musuh-musuh yang tidak diketahui diluar sana. Kini segalanya telah berubah setelah CK mengupah.....
![](http://4.bp.blogspot.com/-wydklZT2g6I/Uc6trbHI9kI/AAAAAAAABXQ/D8ZNN-sHc9g/s320/Khemah1.png)
CK sekarang tidak perlu risau lagi akan musuh ketat kami yakni kucing-kucing liar yang selalu sangat mengeluarkan ketulan-ketulan bijih yang beraroma hingga ke tulang hitam. Ini kerana di hadapan rumah CK terdapat askar wataniah yang dilantik untuk menjaga keamanan rumah ini berkampung seharian untuk menjalankan tugas yang diamanahkan...
![](http://4.bp.blogspot.com/-4RgSs3JxJyc/Uc6xTXALv7I/AAAAAAAABXg/iyRTwNcQ2Ms/s320/Khemah4.jpg)
"Khemah yang didirikan dihadapan rumah CK"
Askar-askar yang dimaksudkan adalah hero-hero CK sendiri...hehe
Di atas dedikasi serta berhemah tinggi yang ditunjukkan sepanjang menjalankan tanggungjawab yang diberi (hingga semput Ummie dan Daddy dibuat mereka), maka mereka telah diupah seberapa banyak ounces susu tepung penuh berkrim...
Di atas dedikasi serta berhemah tinggi yang ditunjukkan sepanjang menjalankan tanggungjawab yang diberi (hingga semput Ummie dan Daddy dibuat mereka), maka mereka telah diupah seberapa banyak ounces susu tepung penuh berkrim...
![](http://4.bp.blogspot.com/-INNo1tByOu8/Uc6yU-QlvcI/AAAAAAAABXs/bayjvCEFl8E/s320/Khemah1.jpg)
![](http://4.bp.blogspot.com/-3RplNDA25Io/Uc6yUz9NuTI/AAAAAAAABXw/p3pOLaGhQZQ/s320/Khemah2.jpg)
"Askar-askar yang kepenatan menerima upah masing-masing"
Setelah selesai operasi seharian mengawal rumah, didapati kereta kebal mereka telah punah sama sekali...
![](http://4.bp.blogspot.com/-W0iqVQL44gw/Uc6zAfPaUyI/AAAAAAAABX8/kGxVpzUxaQs/s320/Khemah3.jpg)
"Lihat keadaan stereng kereta kebal yang telah hancur ketika bertempur dengan musuh"
*kereta kebal ini tidak sempat dihantar ke car wash kerana car wash tutup
Demikianlah corat-coret kehidupan CK sekeluarga hari ini. Lepas pulang dari pasar pagi tadi terus kami memulakan perkhemahan ini. Harap anda terhibur :)
![](http://1.bp.blogspot.com/-GO35ux5RXqY/UZ9FUuxOt-I/AAAAAAAAAIc/tHWDgbzjqqA/s320/Tadaaa.png)